Contact us

Polisi Privasi - Bahasa Melayu

Version 1.0

Kemas kini Terakhir: Mac 2021

Polisi privasi ini ("Polisi") bertujuan untuk memaklumkan anda mengenai jenis maklumat KKT Technology Pte. Ltd. (UEN 201504218R), sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah undang-undang Singapura dan berniaga sebagai "Holmusk" atau mana-mana syarikat yang berkait ("kami" atau “Syarikat") yang dikumpul, serta polisi dan amalan kami berkenaan pengumpulan, penggunaan, dan pendedahan maklumat tersebut melalui Aplikasi dan Perkhidmatan mHaven menurut Personal Data Protection Act 2012 (No. 26 of 2012) Singapura ("PDPA") serta undang-undang lain yang berkaitan.

Kecuali dinyatakan disini, istilah yang menggunakan huruf besar yang digunakan dalam Polisi ini mempunyai makna yang sama dengan yang dinyatakan dalam Syarat Penggunaan mHaven (dapat diakses di: http://mhaven.co/terms.html) (“Syarat”).

Sila baca Polisi ini dengan teliti, kerana dengan menggunakan Aplikasi dan Perkhidmatan tersebut, anda mengakui bahawa anda memahami dan bersetuju dengan syarat-syarat Polisi ini, dan bersetuju dengan jenis maklumat dan cara kami mengumpul, menggunakan dan mendedahkan maklumat tersebut. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan syarat-syarat Polisi ini, sila jangan menggunakan Aplikasi dan Perkhidmatan tersebut.

Kami merizab hak untuk mengubah terma-terma Polisi ini pada setiap masa. Kami akan memaklumkan anda mengenai perubahan yang telah dilakukan dengan memaparkan pada Polisi tarikh ia dikemas kini. Kami menggalakkan anda untuk membaca semula Polisi ini dari semasa ke semasa untuk memastikan bahawa anda memahami bagaimana maklumat yang anda berikan akan digunakan. Setiap kali anda mengakses Aplikasi dan Perkhidmatan tersebut, versi terbaru Polisi akan berkuatkuasa. Penggunaan berterusan anda dalam Aplikasi dan Perkhidmatan tersebut setelah perubahan telah dilakukan pada syarat-syarat ini bermaksud anda menerima perubahan tersebut.

Kami akan memastikan bahawa semua Maklumat Peribadi (seperti yang ditakrifkan di bawah) yang kami kumpulkan dan simpan akan (i) diproses menurut undang-undang, adil, dan secara telus; (ii) dikumpulkan untuk tujuan yang dinyatakan, secara nyata dan untuk tujuan yang sah dan tidak diproses lebih lanjut dengan cara yang tidak sesuai dengan tujuan yang dinyatakan; (iii) mencukupi, relevan, dan terhad kepada apa yang diperlukan; (iv) tepat dan terkini; dan (v) diproses dalam cara yang sesuai yang menjamin keselamatan Maklumat Peribadi, termasuk perlindungan terhadap pemprosesan yang tidak dibenarkan atau secara sah dan terhadap kehilangan, kemusnahan atau kerosakan yang tidak disengajakan.

I. Maklumat yang Kami Kumpul

Maklumat Peribadi yang Anda Bekalkan kepada Kami

Apabila anda mendaftar untuk Akaun Pengguna dan mengakses atau menggunakan Aplikasi dan Perkhidmatan tersebut, bergantung pada interaksi anda dengan kami, kami berhak mengumpulkan maklumat termasuk tetapi tidak terhad kepada:

• nama, alamat e-mel, nama pengguna, kata laluan, maklumat demografi (seperti umur, jarak, jantina, pekerjaan) anda;

• maklumat perubatan dan kesihatan yang boleh mengenal pasti individu secara peribadi yang anda bekalkan kepada kami dan maklumat mengenai anda yang disediakan oleh Jurulatih melalui interaksi anda dengan Jurulatih melalui maklumat Aplikasi dan Perkhidmatan tersebut (termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat atau rekod yang berkaitan dengan sejarah perubatan atau kesihatan anda, kesihatan mental anda termasuk diagnosis masa lalu dan semasa, keseriusan keadaan depresi, gejala depresi, tuntutan perubatan, status kesihatan, hasil ujian makmal, kepatuhan kepada ubat-ubatan, kesan sampingan ubat-ubatan, aktiviti, dan data (termasuk data yang diperoleh oleh peranti dan aplikasi pihak ketiga) ( mengikut kesesuaian));

• maklumat untuk bil yang anda bekalkan kepada kami (mis. Maklumat kad kredit), maklumat mengenai Peranti yang anda gunakan, lokasi geografi anda; dan

• sebarang maklumat lain yang mungkin anda bekalkan semasa mengakses atau menggunakan Aplikasi dan Perkhidmatan tersebut, yang terdiri daripada "data peribadi" menurut PDPA (iaitu data, sama ada benar atau tidak, mengenai pelanggan yang dapat dikenal pasti: (a) dari data itu; atau (b) dari data itu dan maklumat lain yang mana kami dapat atau kemungkinan besar mampu akses), dan undang-undang lain yang berkaitan,

(secara kolektif, "Maklumat Peribadi").

Kami hanya mempunyai akses dan mengumpulkan Maklumat Peribadi yang:

• anda secara sukarela bekalkan kepada kami dengan mengisi borang dan tinjauan dalam talian kami yang merupakan sebahagian daripada Aplikasi dan Perkhidmatan tersebut, yang memberi kami akses kepada rekod kesihatan anda, atau melalui e-mel atau hubungan langsung yang lain dengan anda.

• anda secara sukarela bekalkan kepada kami melalui pihak ketiga yang anda telah memberi kebenaran untuk mendedahkan Maklumat Peribadi kepada kami (mis. Majikan atau syarikat insurans anda jika mereka memproses tuntutan rawatan perubatan) ("Wakil yang Diberi Kuasa").

• kami dibenarkan atau diwajibkan oleh PDPA atau undang-undang lain yang berkaitan tanpa memerlukan persetujuan anda.

Kami akan meminta persetujuan anda sebelum mengumpul apa-apa Maklumat Peribadi tambahan dan sebelum menggunakan Maklumat Peribadi anda untuk tujuan yang belum dimaklumkan kepada anda (kecuali jika dibenarkan atau menurut undang-undang).

Sekiranya anda tidak mahu maklumat ini dikongsi dengan pekerja, pembekal perkhidmatan dan subkontraktor kami, atas permintaan anda, kami tidak akan berkongsi maklumat anda. Namun, kemampuan anda untuk mengakses dan menggunakan Aplikasi dan Perkhidmatan tersebut, dan permintaan untuk perkhidmatan, mungkin terhad atau terganggu.

Maklumat yang Dikumpulkan dengan Kaedah Automatik

Setiap kali anda menggunakan Aplikasi dan Perkhidmatan tersebut, kami dan / atau pembekal perkhidmatan kami, berhak menggunakan pelbagai teknologi yang secara automatik mengumpulkan informasi tentang bagaimana Aplikasi dan Perkhidmatan tersebut diakses dan digunakan ("Maklumat Penggunaan"). Maklumat Penggunaan merangkumi, sebahagiannya, jenis “browser”, sistem operasi, halaman yang diakses, masa, berapa banyak pengguna yang mengunjungi Aplikasi dan Perkhidmatan tersebut, dan laman web yang anda lawati sebelum menggunakan Aplikasi dan Perkhidmatan tersebut. Data statistik ini memberi kami maklumat mengenai penggunaan Aplikasi dan Perkhidmatan tersebut, seperti berapa banyak pengunjung yang mengunjungi halaman tertentu di Aplikasi dan Perkhidmatan tersebut, berapa lama mereka singgah di laman web tersebut, dari laman web mana dan sekiranya terdapatnya pautan hiper (“hyperlink”), jika ada, samada ianya di-“klik". Maklumat Penggunaan membantu kami memastikan Aplikasi dan Perkhidmatan tersebut sentiasa mesra pengguna dan memberi pengguna maklumat yang mudah diakses dan bermanfaat. Kami juga dapat menggunakan Maklumat Penggunaan anda untuk menyelesaikan masalah berkenaan akses atau penggunaan Aplikasi dan Perkhidmatan tersebut. Maklumat Penggunaan pada amnya tidak dapat dikenal pasti, tetapi jika kami mengaitkannya dengan anda sebagai orang tertentu dan dapat dikenal pasti, kami akan menganggapnya sebagai Maklumat Peribadi.

Kami percaya bahawa penggunaan teknologi tersebut adalah adil, sah, dan bersesuaian dengan kepentingan sah dan keperluan perniagaan kami, dan bahawa metodologi kami secara adil menangani hak dan jangkaan sah setiap pengguna dengan mengambil kira konteks dan tujuan pengumpulan dan penggunaan maklumat yang dikumpulkan.

II. Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Anda?

Kami akan menggunakan maklumat anda untuk memberi respons kepada anda berkenaan alasan anda menghubungi kami.

Kami juga akan menggunakan maklumat anda seperti berikut:

• memasukkan anda (“onboarding”) ke Aplikasi tersebut untuk menggunakan Perkhidmatan tersebut dengan mendaftar untuk Akaun Pengguna dan mengesahkan identiti anda;

• melaksanakan kewajipan dalam atau sehubungan dengan penyediaan untuk pengunaan Aplikasi tersebut dan khususnya kepada Perkhidmatan tersebut kepada anda (termasuk penyediaan pembekalan perkhidmatan bimbingan dan maklumat kesihatan mental dan kesejahteraan melalui Pelatih, sepertimana yang diperlukan);

• menghubungi anda mengenai produk / perkhidmatan pada Aplikasi dan Perkhidmatan tersebut di mana anda telah menyatakan minat atau telah melanggan dan membolehkan anda memperbaharui maklumat hubungan anda dengan mudah;

• mengurus hubungan anda dengan kami, menjawab kepada, menangani, dan memproses pertanyaan, permintaan, aplikasi, aduan, dan maklum balas daripada anda, dan memaklumkan anda mengenai perubahan pada Aplikasi kami atau Polisi ini;

• memproses atau memfasilitasi pemprosesan tuntutan dan transaksi pembayaran anda;

• meningkatkan kualiti perkhidmatan bimbingan dan maklumat kesihatan mental dan kesejahteraan kami melalui tinjauan prestasi kualiti dan aktiviti yang serupanya;

• mengeluarkan Maklumat Tanpa Nama (mis. statistik agregat berkaitan dengan penggunaan Aplikasi dan Perkhidmatan tersebut) untuk tujuan analisis dan penyelidikan pasaran;

• memaklumkan anda apabila kemas kini Aplikasi tersedia;

• memasarkan dan mempromosikan Aplikasi dan Perkhidmatan tersebut, dan perkhidmatan dan produk yang ditawarkan dalam Aplikasi dan Perkhidmatan kepada anda;

• menyampaikan maklumat kesihatan dan kesejahteraan mental kepada anda;

• mematuhi undang-undang, peraturan, kod praktis, pedoman, atau peraturan yang berkaitan, atau untuk membantu dalam penguatkuasaan dan siasatan yang dilakukan oleh mana-mana pihak berkuasa dari kerajaan dan/atau badan berkanun;

• untuk tujuan lain yang mana anda telah memberi maklumat;

• menghantar kepada mana-mana pihak ketiga yang tidak berkait termasuk pembekal perkhidmatan dan ejen pihak ketiga kami, dan mana-mana pihak berkuasa dari kerajaan dan / atau badan berkanun yang berkaitan, sama ada di Singapura atau di negara lain, untuk tujuan yang disebutkan di atas; dan / atau

• sebarang tujuan perniagaan sampingan lain yang berkaitan dengan atau berkaitan dengan perkara di atas.

Anda disini dengan nyata dan jelas bersetuju untuk kami menggunakan maklumat untuk kegunaan-kegunaan seperti yang dinyatakan diatas. Di mana kami menghubungi anda sehubungan dengan salah satu tujuan yang dinyatakan di atas, anda setuju bahawa kami berhak menghubungi anda secara langsung (melalui e-mel, pesanan teks, panggilan, pos) menggunakan maklumat yang dibekalkan kepada kami oleh anda atau melalui Wakil yang Diberi Kuasa anda. Sekiranya pada bila-bila masa anda ingin agar kami berhenti berkomunikasi dengan anda, sila maklumkan kepada kami menggunakan maklumat hubungan yang disediakan di bawah di bahagian "Hubungi Kami".

Kami berhak bergantung kepada pengecualian "kepentingan sah" (“legitimate interests”) di bawah PDPA (dan pengecualian yang sama dibawah undang-undang lain yang berkaitan) untuk mengumpul, menggunakan dan mendedahkan data peribadi tanpa persetujuan anda untuk tujuan mengesan dan mencegah penipuan dan penyalahgunaan perkhidmatan kami. Pendedahan serupanya berhak dibuat kepada syarikat insurans atau majikan anda, jika relevan untuk tujuan tersebut.

III. Adakah Kami Berkongsi Maklumat Anda?

Kecuali seperti yang dinyatakan di sini, kami tidak akan memperdagangkan, menyewa, berkongsi atau menjual Maklumat Peribadi anda kepada pihak ketiga, kecuali anda meminta atau memberikan persetujuan anda untuk melakukannya, kami tidak akan berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan pihak ketiga di luar organisasi kami, dengan syarat bahawa kami boleh mendedahkan Maklumat Peribadi anda kepada pihak ketiga (yang memproses Maklumat Peribadi anda bagi pihak kami atau sebaliknya) di mana pendedahan sedemikian diperlukan untuk melaksanakan kewajipan kami sehubungan dengan pembekalan Aplikasi dan Perkhidmatan tersebut kepada anda, dalam keadaan yang berikut:

• kepada anak syarikat, syarikat berkaitan, sekutu, atau rakan kongsi kami;

• kepada Pelatih anda, yang secara umumnya akan memiliki akses kepada maklumat yang anda masukkan ke dalam Aplikasi atau melalui Perkhidmatan tersebut. Khususnya, Jurulatih anda akan dapat melihat data dapat dikenal pasti kepada anda berkaitan perubatan dan kesihatan yang anda masukkan. Maklumat Peribadi anda mungkin disertakan oleh Pelatih sebagai sebahagian daripada rekod kesihatan anda dan penggunaan maklumat tersebut oleh Pelatih adalah diselia melalui kewajipan profesional Pelatih;

• kepada pihak yang berkenaan yang memproses tuntutan anda untuk rawatan perubatan anda (yang mungkin termasuk majikan atau syarikat insurans anda jika anda membuat tuntutan di bawah skim atau polisi faedah pekerja atau insurans). Dalam keadaan seperti itu, kami berhak mendedahkan diagnosis / maklumat perubatan anda kepada pihak-pihak tersebut untuk tujuan memproses tuntutan dan / atau pengesahan penggunaan, jika diperlukan oleh pihak-pihak tersebut;

• kepada pembekal perkhidmatan dan subkontraktor kami untuk menyelesaikan masalah yang mungkin anda alami dengan Aplikasi, Perkhidmatan atau Akaun Pengguna anda, atau untuk membantu kami dalam pembekalan Aplikasi dan Perkhidmatan kami. Hanya pekerja, pembekal perkhidmatan (termasuk pembekal perkhidmatan data) dan subkontraktor yang memerlukan Maklumat Peribadi untuk melakukan kerja tertentu yang akan diberi akses kepada Maklumat Peribadi. Komputer / server dimana kami menyimpan Maklumat Peribadi adalah disimpan dalam persekitaran yang selamat, dan pihak-pihak ketiga ini terikat dengan kewajipan kontrak untuk merahsiakan Maklumat Peribadi dan menggunakannya hanya untuk tujuan yang mana kami dedahkannya kepada mereka;

• apabila kami percaya dengan niat baik bahawa pendedahan seperti itu (a) diperlukan oleh undang-undang, termasuk, misalnya, untuk mematuhi perintah mahkamah atau sepina, atau (b) akan membantu untuk: menguatkuasakan dasar kita; melindungi keselamatan anda, termasuk keselamatan harta benda milik anda; dan / atau melindungi keselamatan Aplikasi dan Perkhidmatan tersebut, kami, pekerja kami, pembekal perkhidmatan kami, subkontraktor kami, pihak ketiga lain, atau peralatan milik kami, pembekal perkhidmatan kami, atau subkontraktor kami. Pendedahan dalam senario terhad ini akan dibuat kepada Mahkamah, penguatkuasa undang-undang, atau pihak berkuasa awam atau berkanun;

• kepada pembeli atau penggantinya sekiranya penggabungan, pelupusan, penyusunan semula, pembubaran atau penjualan atau pemindahan sebahagian atau semua aset Syarikat, sama ada sebagai urusan berterusan atau sebagai sebahagian daripada kebankrapan, likuidasi atau proses serupanya, di mana Maklumat Peribadi yang dikekalkan pada Aplikasi dan Perkhidmatan adalah antara aset yang dipindahkan; dan / atau

• kepada orang lain atau organisasi yang dinyatakan oleh kami semasa anda memberikan maklumat.

Pemindahan Antarabangsa: Dengan menggunakan Aplikasi dan Perkhidmatan kami, anda bersetuju bahawa sebarang pemindahan Maklumat Peribadi anda ke pelbagai negara adalah perlu dan munasabah bagi kami untuk membekalkan Aplikasi dan Perkhidmatan kepada anda, dan mengakui bahawa pihak ketiga tersebut memproses Maklumat Peribadi anda sama ada bagi pihak kami atau sebaliknya mungkin terletak di negara yang berbeza dari tempat pengumpulan Maklumat Peribadi anda (termasuk pemindahan ke server yang terletak di Hong Kong (atau negara lain seperti yang ditentukan oleh Syarikat dari semasa ke semasa) yang mana mungkin berada di luar negara di mana anda mengakses Aplikasi dan Perkhidmatan dari), atau mungkin mempunyai beberapa lokasi fizikal dan backup (contohnya perkhidmatan berasaskan “cloud”).

Di mana kami mendedahkan Maklumat Peribadi anda kepada pihak ketiga, kami akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan pihak ketiga tersebut melindungi Maklumat Peribadi anda dan memenuhi standard keselamatan data kami, dan memproses Maklumat Peribadi yang diberikan kepada mereka hanya untuk tujuan memberikan perkhidmatan khusus kepada kami .

Kami mungkin menggunakan data tanpa nama yang tidak dapat dikenal pasti berdasarkan akses pengguna atau penggunaan Aplikasi dan Perkhidmatan tersebut yang mungkin digunakan oleh kami untuk meningkatkan Aplikasi dan / atau Perkhidmatan tersebut. Kami juga dapat menggunakan data tanpa nama berdasarkan penggunaan Aplikasi dan Perkhidmatan oleh anda, termasuk data kesihatan yang tidak dikenal pasti dan menggabungkan data yang tidak dikenal pasti dengan data atau data tanpa nama lain ("Maklumat Tanpa Nama"). Maklumat Tanpa Nama boleh merangkumi maklumat yang menggambarkan kebiasaan, corak penggunaan, respons tinjauan dan / atau maklumat demografi pengguna sebagai satu kumpulan, tetapi tidak mengenal pasti pengguna tertentu. Kami mungkin memberikan Maklumat Tanpa Nama kepada sekutu dan rakan kongsi pihak ketiga kami. Maklumat Tanpa Nama tersebut tidak terdiri dan bukan merupakan Maklumat Peribadi yang dilindungi oleh undang-undang. Maklumat Tanpa Nama tersebut tidak tertakluk kepada undang-undang privasi data, dan dapat dipindahkan, diungkapkan, diberikan, disewakan, dilisensikan, dijual dan selain itu dikongsi dengan dan oleh rakan kongsi kami, pembekal perkhidmatan, pengiklan dan / atau pihak ketiga lain untuk tujuan yang dibenarkan dibawah undang-undang sedia ada.

Akses Anda dan Pengawalan ke atas Maklumat Anda

Kami menawarkan pilihan mengenai pengumpulan, penggunaan, dan perkongsian Maklumat Peribadi anda. Aplikasi dan Perkhidmatan kami pada masa ini tidak bertindak balas terhadap isyarat “do-not-track” yang berdasarkan “browser”. Anda boleh memilih agar komputer memberi amaran kepada anda setiap kali “cookies” ditetapkan, atau anda boleh memilih untuk mematikan semua “cookies”. Anda melakukannya melalui tetapan “browser” anda. Setiap “browser” adalah berbeza, jadi sila lihat menu Bantuan “browser” anda untuk mengetahui cara yang betul untuk mengubah tetapan “cookies” “browser” anda.

Sekiranya anda mematikan “cookies”, beberapa ciri-ciri mungkin dilumpuhkan yang memampukan pengalaman pengguna anda lebih efisien dan beberapa perkhidmatan kami mungkin tidak berfungsi dengan baik.

Anda boleh melakukan perkara ini pada bila-bila masa dengan menghubungi kami melalui alamat e-mel yang terdapat pada Aplikasi dan Perkhidmatan kami, atau kepada Pegawai Perlindungan Data kami yang butirannya dinyatakan di bawah:

• Mengakses dan mengemas kini Maklumat Peribadi anda

• Menarik balik persetujuan anda

Mengakses dan Mengemas kini Maklumat Peribadi anda

Anda boleh mengakses dan membetulkan Maklumat Peribadi anda yang dimiliki atau di bawah kawalan Syarikat pada bila-bila masa melalui Aplikasi dan Perkhidmatan. Anda juga boleh meminta untuk salinan maklumat tersebut. Harap maklum bahawa bayaran yang munasabah mungkin dikenakan untuk permintaan akses atau jika salinan maklumat anda diminta. Sekiranya demikian, kami akan memaklumkan anda mengenai bayaran sebelum memproses permintaan anda. Tidak ada bayaran yang perlu dibayar untuk sebarang permintaan untuk memperbetul Maklumat Peribadi anda (termasuk maklumat yang tidak lengkap atau tidak tepat).

Untuk mengakses, meneliti semula, membetulkan, atau mengeluarkan Maklumat Peribadi anda atau sebahagian daripadanya, sila kemukakan permintaan kepada DPO kami melalui maklumat hubungan yang disediakan di bawah. Walaupun kami akan berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi permintaan Anda, kami berhak untuk menolak atau membatasi permintaan tersebut yang bersesuaian dengan peruntukkan undang-undang atau peraturan yang sedia ada.

Kecuali Syarikat berpuas hati dengan alasan yang munasabah bahawa pembetulan tidak boleh dibuat, Syarikat akan memperbetulkan Maklumat Peribadi secepat mungkin, dan menghantar maklumat yang diperbetulkan kepada setiap organisasi lain yang maklumat tersebut telah dibekalkan dalam setahun sebelum tarikh pembetulan dibuat, melainkan organisasi lain tidak memerlukan data peribadi yang diperbetulkan untuk tujuan undang-undang atau perniagaan.

Kami akan menjawab permintaan anda secepat mungkin. Sekiranya kami tidak dapat menjawab permintaan anda dalam masa dua puluh satu (21) hari setelah menerima permintaan Anda, kami akan memberitahu Anda secara bertulis mengenai waktu di mana kami akan menjawab kepada permintaan anda. Sekiranya kami tidak dapat menerima permintaan untuk mengakses atau membetulkan salah satu maklumat anda, secara amnya kami akan memberitahu anda mengenai sebab-sebab mengapa kami tidak dapat melakukannya (kecuali jika kami tidak diperlukan untuk melakukannya menurut undang-undang atau peraturan yang sedia ada).

Sekiranya anda tidak mahu maklumat anda dikongsi dengan pekerja, pembekal perkhidmatan dan subkontraktor kami, atas permintaan anda, kami tidak akan berkongsi maklumat anda. Walau bagaimanapun, kemampuan anda untuk mengakses dan menggunakan Aplikasi dan Perkhidmatan mungkin terhad atau terganggu.

Menarik balik persetujuan anda

Persetujuan yang anda berikan untuk pengumpulan, penggunaan dan pendedahan Maklumat Peribadi anda akan tetap berlaku sehingga masa anda menarik balik persetujuan anda secara bertulis. Anda boleh menarik balik persetujuan dan meminta kami untuk berhenti menggunakan dan / atau mendedahkan Maklumat Peribadi anda untuk mana-mana atau semua tujuan yang disenaraikan di atas pada bila-bila masa dengan mengemukakan permintaan anda melalui e-mel kepada DPO kami melalui maklumat hubungan yang disediakan di bawah.

Setelah menerima permintaan bertulis anda untuk menarik balik persetujuan anda, kami mungkin memerlukan masa yang munasabah untuk memproses permintaan anda dan untuk kami memaklumkan anda mengenai akibat daripada kami menyetujui perkara tersebut, termasuk akibat undang-undang yang mungkin mempengaruhi hak dan liabiliti anda kepada kami. Secara umum, kami akan berusaha untuk memproses permintaan anda dalam sepuluh (10) hari bekerja setelah menerimanya.

Walaupun kami menghormati keputusan anda untuk menarik persetujuan anda, harap maklum bahawa bergantung pada sifat dan ruang lingkup permintaan anda, kami mungkin tidak dapat terus memberikan anda akses ke Aplikasi dan Perkhidmatan kami dan, dalam keadaan seperti itu, kami akan memberitahu anda sama sebelum menyelesaikan pemprosesan permintaan anda. Anda boleh membatalkan penarikan persetujuan anda dengan mengirimkan permintaan anda melalui e-mel ke DPO kami melalui maklumat hubungan yang disediakan di bawah. Harap maklum bahawa menarik balik persetujuan tidak mempengaruhi hak kami untuk terus mengumpul, menggunakan dan mendedahkan Maklumat Peribadi di mana pengumpulan, penggunaan dan pendedahan seperti itu tanpa izin dibenarkan atau diperlukan berdasarkan undang-undang yang sedia ada (sila lihat Bahagian VII - Penyimpanan Maklumat Peribadi di bawah).

IV. Apa Langkah Yang Kami Lakukan untuk Melindungi Maklumat Anda?

Kami mengambil langkah-langkah yang digubal untuk melindungi Maklumat Peribadi anda dalam usaha untuk mencegah kehilangan, penyalahgunaan, dan akses yang tidak dibenarkan, pendedahan, perubahan, dan pemusnahan. Kami menyediakan perlindungan fizikal, elektronik, dan prosedur untuk melindungi Maklumat Peribadi yang kami proses dan jaga. Namun, perlu dimaklumkan bahawa di sebalik usaha kami, tidak ada langkah-langkah keselamatan yang sempurna atau tidak dapat ditembus dan tidak ada kaedah penghantaran data yang dapat dijamin terhadap pemintasan atau penyalahgunaan jenis lain. Untuk melindungi kerahsiaan Maklumat Peribadi yang disimpan dalam akaun anda, anda mesti merahsiakan kata laluan anda dan tidak mendedahkannya kepada orang lain. Anda bertanggungjawab untuk semua penggunaan Aplikasi dan Perkhidmatan oleh mana-mana orang yang menggunakan kata laluan anda. Sila segera memaklumkan kami sekiranya anda syaki kata laluan anda telah disalahgunakan. Sekiranya anda mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa interaksi anda dengan kami tidak lagi terjamin, jika anda merasakan keselamatan akaun yang anda miliki dengan kami mungkin telah terganggu, atau jika anda mengesyaki bahawa orang lain menggunakan akaun anda, sila hubungi kami segera menggunakan maklumat hubungan yang disediakan di bawah di Bahagian "Hubungi Kami".

V. Adakah Polisi ini Terpakai untuk Laman Web Lain yang Dihubungkan ke atau dari Aplikasi dan Perkhidmatan?

Aplikasi dan Perkhidmatan tersebut mungkin mengandungi pautan ke laman web lain. Segala Maklumat Peribadi yang anda berikan di halaman atau laman yang dipautkan dibekalkan terus kepada pihak ketiga tersebut dan tertakluk pada dasar privasi pihak ketiga tersebut. Polisi ini tidak terpakai untuk laman web yang dipautkan seperti itu, dan kami tidak bertanggung jawab atas kandungan atau amalan privasi dan keselamatan laman-laman web tersebut atau laman web lain yang dihubungkan ke atau dari Aplikasi dan / atau Perkhidmatan tersebut. Kami mendorong anda untuk meneliti amalan dan polisi privasi dan keselamatan laman-laman web sebelum memberikan mereka Maklumat Peribadi

VI. Adakah Kami Mengumpul Maklumat dari Orang Yang Berumur Di Bawah 18 Tahun?

Aplikasi dan Perkhidmatan tersebut tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh individu di bawah usia 18 tahun atau usia yang diwajibkan oleh undang-undang di negara tempat tinggal anda untuk anda secara sah mengakses dan / atau menggunakan Aplikasi dan Perkhidmatan tersebut (mana-mana yang lebih tinggi), dan Syarikat tidak sengaja mengumpulkan atau menggunakan Maklumat Peribadi dari orang-orang tersebut. Sekiranya kami menyedari bahawa kami secara tidak sedar telah mengumpulkan Maklumat Peribadi dari seseorang di bawah usia 18 tahun atau usia yang undang-undang di negara tempat tinggal anda membenarkan anda mengakses dan / atau menggunakan Aplikasi dan Perkhidmatan secara sah (mana-mana yang lebih tinggi) , kami akan melakukan usaha yang wajar secara komersial untuk menghapuskan Maklumat Peribadi tersebut dari pangkalan data kami.

VII. Penyimpanan Maklumat Peribadi

Kami mungkin membenarkan anda menghapus beberapa rekod yang disimpan di Aplikasi atau Perkhidmatan, melalui Akaun Pengguna anda. Walau bagaimanapun, harap maklum bahawa penghapusan tersebut hanya akan menghapus rekod anda dari Aplikasi. Salinan “back-up” akan disimpan oleh Syarikat kami selama diperlukan untuk memenuhi tujuan yang dikumpulkannya, atau sebagaimana yang dikehendaki atau diizinkan oleh undang-undang yang sedia ada. Kami akan berhenti menyimpan Maklumat Peribadi anda, atau membuang cara-cara di mana data tersebut dapat dikaitkan dengan anda, apabila ianya wajar untuk menganggap bahawa pengekalan tersebut tidak lagi berfungsi untuk tujuan pengumpulan Maklumat Peribadi, dan tidak lagi diperlukan untuk tujuan undang-undang atau perniagaan.

VIII. Pelbagai

Dengan menggunakan Perkhidmatan, anda merepresentasi bahawa anda menyetujui dengan Syarat dan Polisi ini, dan perjanjian ini menggantikan perjanjian lain yang mungkin kami persetujui dengan anda mengenai penggunaan Maklumat Peribadi anda. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan mana-mana terma dan syarat ini, anda mesti berhenti menggunakan / mengakses Aplikasi dan Perkhidmatan tersebut dengan segera. Kecuali dinyatakan dengan jelas di dalam Polisi ini, Polisi ini akan ditadbir dan ditafsirkan menurut undang-undang Singapura.

Sekiranya kami terlibat dalam penggabungan, pemerolehan, atau apa-apa bentuk penjualan sebahagian atau semua aset kita, Aplikasi dan Perkhidmatan, dan maklumat anda seperti yang dikumpulkan, diproses dan dikekalkan melalui Aplikasi dan Perkhidmatan kami mungkin termasuk dalam aset yang dijual atau dipindahkan kepada pemeroleh. Anda bersetuju bahawa kami mungkin memindahkan atau memberikan maklumat yang kami kumpulkan mengenai anda jikalau perkara sebegitu berlaku. Sekiranya berlaku kebankrapan, insolvensi, penyusunan semula, penerimaan atau penyerahan hak untuk kepentingan pemiutang, kami mungkin tidak dapat mengawal bagaimana Maklumat Peribadi anda diperlakukan, dipindahkan, atau digunakan.

IX. Hubungi Kami

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai Polisi ini, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data kami (“DPO”) melalui e-mel di: privacy@holmusk.com. Untuk melaksanakan hak Anda dalam Polisi Privasi ini, sila hubungi kami secara bertulis, melalui e-mel seperti yang dinyatakan di atas, supaya kami dapat mempertimbangkan permintaan anda berdasarkan undang-undang yang sedia ada. Perlu diketahui bahawa untuk memudahkan kami meninjau dan memproses permintaan anda, anda diminta untuk memberikan butiran berikut:

• Nama, ID pengguna, nama samaran, alamat e-mel, atau pengecam lain yang telah anda gunakan untuk menggunakan Aplikasi dan Perkhidmatan, atau jika anda bukan pengguna Aplikasi dan Perkhidmatan yang berdaftar, atau sebelumnya tidak pernah berinteraksi dengan kami, nama pertama dan akhir dan alamat di mana kami dapat menghubungi anda.

• Negeri atau Negara dimana anda berada.

• Penerangan yang jelas mengenai sifat permintaan anda dan tindakan yang ingin anda lakukan.

• Maklumat yang mencukupi untuk membolehkan kami menilai dan melaksanakan permintaan anda (jika ada).

Untuk perlindungan anda, kami hanya dapat melaksanakan permintaan berkenaan dengan Maklumat Peribadi yang terkait dengan alamat e-mel tertentu yang anda gunakan untuk mengirimkan permintaan Anda kepada kami.

Di samping itu, harap maklum bahawa, bergantung pada jenis pertanyaan, permintaan atau aduan anda, kami mungkin perlu mengesahkan identiti anda sebelum melaksanakan permintaan anda dan mungkin memerlukan bukti identiti, seperti dalam bentuk ID yang dikeluarkan oleh badan berkanun kerajaan dan bukti alamat geografi.

Kami akan berusaha untuk menjawab permintaan anda secepat mungkin.

Tambahan – Terma-terma tambahan berkenaan dengan Malaysia

Jikalau anda tinggal atau bertempat di Malaysia dan mendaftar untuk Akaun Pengguna dan mengakses atau menggunakan Aplikasi dan Perkhidmatan tersebut, syarat-syarat asas polisi privasi kami ("Polisi" tersebut) akan digunakan untuk semua Maklumat Peribadi yang kami kumpulkan tentang anda, kecuali seperti yang dinyatakan di bawah:

4. Rujukan kepada Personal Data Protection Act 2012 Singapura:

Dalam keseruluhan Polisi tersebut (mis. dalam perenggan pertama Polisi), rujukan kepada “Personal Data Protection Act 2012 (No. 26 of 2012) of Singapore” perlu dipadam dan diganti dengan “Personal Data Protection Act 2010 of Malaysia”.

5. Di “I. Maklumat yang Kami Kumpul”:

Poin terakhir berkenaan “Maklumat Peribadi” perenggan tersebut perlu diganti dengan perenggan dibawah:

• sebarang maklumat lain yang mungkin anda bekalkan semasa mengakses atau menggunakan Aplikasi dan Perkhidmatan tersebut, yang terdiri daripada "data peribadi" menurut Personal Data Protection Act 2010 Malaysia (“PDPA”), dan undang-undang lain yang berkaitan

6. Di “VIII. Pelbagai”:

Berikutan adalah perlu dimasukkan sebagai ayat terakhir seksyen tersebut:

• Perjanjian Asal ini ditulis di dalam Bahasa Inggeris. Jika dalam apa-apa keadaan terdapat percanggahan diantara versi-versi Inggeris dan bahasa-bahasa yang lain, versi Inggeris adalah dikekalkan.

Terma-terma tambahan ini merupakan sebahagian Polisi ini. Kecuali dipinda dengan jelas oleh terma-terma tambahan ini, terma-terma Polisi ini adalah berkuatkuasa sepenuhnya. Jika terdapat pencanggahan dengan terma-terma yang ditetapkan di dalam Polisi tersebut, terma-terma tambahan ini adalah berkuatkuasa setakat pecanggahan tersebut. Jika anda tidak bersetuju dengan terma-terma Polisi ini, sila jangan menggunakan Aplikasi dan Perkhidmatan tersebut.